1. Kelayakan
1a. Kelayakan Individu dan Entiti Cabaran ini (“The Challenge”) adalah terbuka kepada:
Individu: Warganegara Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya empat belas (14) tahun pada tarikh tutup penyerahan.
Syarikat (termasuk syarikat bukan untuk keuntungan dan entiti lain tanpa keuntungan) atau organisasi yang telah diperbadankan di Malaysia, sah wujud serta mengekalkan alamat utama perniagaan di Malaysia.
Untuk menyertai Cabaran ini, individu, syarikat atau pasukan hendaklah membuat pendaftaran terlebih dahulu. Individu boleh menubuhkan pasukan (yang terdiri daripada beberapa orang individu) untuk menyertai Cabaran ini. Setiap orang individu di dalam sesebuah pasukan hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk seorang peserta individu. Individu yang mengemukakan penyertaan bagi pihak pasukan atau organisasi mesti memenuhi syarat-syarat kelayakan bagi seorang peserta individu. Seorang individu boleh menyertai lebih daripada satu pasukan dan / atau organisasi.
1b. Individu dan Entiti yang tidak layak:
Individu-individu dan entiti-entiti berikut adalah tidak layak untuk menyertai Cabaran ini:
Pihak Penganjur serta mana-mana agensi pengiklanan atau mana-mana syarikat serta kontraktor yang terlibat di dalam mereka-bentuk, produksi, promosi, pelaksanaan atau pengedaran Cabaran ini;
Sebarang syarikat induk, anak syarikat atau mana-mana entiti bersekutu seperti yang tersebut di atas;
Kakitangan entiti-entiti yang dinyatakan di atas (termasuk syarikat-syarikat induk, anak syarikat dan syarikat yang bersekutu dengannya), dan ahli keluarga terdekat atau isi rumah;
Individu yang terlibat di dalam mereka-bentuk, produksi, promosi, pelaksanaan atau pengedaran Cabaran ini dan setiap ahli keluarga terdekat dan isi rumah individu tersebut;
Para hakim (seperti yang dinyatakan dalam Bahagian 6), mana-mana ahli keluarga terdekat atau isi rumah para hakim, dan sesiapa yang mempunyai pertalian persaudaraan atau hubungan kewangan dengan hakim tersebut;
Mana-mana entiti atau individu di mana seseorang hakim mempunyai kepentingan peribadi atau kewangan atau di mana hakim tersebut adalah seorang pekerja, pegawai, pengarah atau ejen;
Mana-mana syarikat atau individu yang mempunyai hubungan perniagaan atau hubungan bersekutu dengan hakim tersebut;
Untuk makluman maksud, (a) ahli-ahli keluarga terdekat seseorang individu termasuk pasangan, anak dan anak tiri, ibubapa, ibubapa tiri, adik beradik dan adik beradik tiri, dan (b) ahli-ahli isi rumah seseorang individu termasuk sesiapa yang berkongsi kediaman dengan individu tersebut dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dalam setahun.
Dengan pengemukaan idea, semua peserta mengesahkan habawa mereka memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Para peserta bersetuju untuk memaklumkan kepada pihak penganjur dengan kadar segera melalui email di info@challange.my , sekiranya mereka menyedari mereka tidak lagi memenuhi mana-mana syarat kelayakan yang telah ditetapkan di dalam bahagian ini.
Cabaran ini adalah tertakluk kepada semua undang-undang dan peraturan-peraturan di Malaysia. Penyertaan peserta membentuk perjanjian persefahaman tanpa syarat para peserta terhadap peraturan rasmi yang telah ditetapkan. Sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak penganjur adalah muktamad dan mengikat semua peserta di dalam semua hal-hal yang berkaitan dengan Cabaran ini. Kelayakan untuk memenangi hadiah adalah tertakluk kepada semua keperluan yang telah ditetapkan dalam peraturan rasmi Cabaran ini dipenuhi.
2. Tempoh Penyerahan Video Cabaran
Tempoh penyerahan Cabaran bermula dari 30/04/2013 dan berakhir pada 25/06/2013 (“Tempoh Cabaran”). Sebuah komputer khas, yang ditentukan mengikut budi bicara pihak penganjur dan ditetapkan kepada waktu Malaysia akan digunakan sebagai peranti peyimpan masa rasmi untuk Cabaran ini.
3. Tempoh Penghakiman
Tarikh anggaran bagi tujuan penghakiman adalah di antara 29/06/2013 sehingga 06/07/2013. Tarikh-tarikh tersebut adalah anggaran dan tertakluk kepada sebarang perubahan mengikut budi bicara pihak penganjur.
4. Cara-cara Mengambil Bahagian; Keperluan dan Garis Panduan Penyerahan
4a. Cara-cara untuk mendaftar:
Untuk mendaftar, Para Peserta perlu melayari laman web www.communities.challenge.my dan melengkapkan borang pendaftaran. Para peserta mestilah menyempurnakan kesemua langkah yang telah ditetapkan dalam tempoh Cabaran ini.
Penyertaan adalah percuma.
Selepas mendaftar, Peserta dikehendaki mengesahkan alamat e-mel peserta melalui e-mel pendaftaran yang dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan di dalam borang pendaftaran. Setelah didaftarkan, Peserta akan dibenarkan untuk mengisikan idea-idea reka bentuk yang menepati syarat keperluan Cabaran. Setiap idea reka bentuk yang dihantar adalah dianggap sebagai satu Penyertaan.
Pendaftaran adalah diperlukan untuk menerima sebarang maklumat terkini berkenaan Cabaran ini melalui e-mel.
4b. Apa yang perlu dikemukakan:
Untuk tujuan penyerahan, Peserta mestilah menghasilkan sebuah video sepanjang 2 hingga 5 minit yang menceritakan idea atau jalan penyelesaian mereka. Peserta hendaklah menghantar video tersebut ke www. challenge.my. challenge.my, bersetuju dengan Peraturan Rasmi dan mana-mana terma, syarat atau polisi yang digunapakai untuk penggunaan Peserta di laman web Cabaran. Peserta dikehendaki mengemukakan perkara-perkara berikut:
- Nama Penuh
- Alamat e-mel
- Nombor telefon
4c. Garis Panduan Penyerahan:
Integrasi data: Para peserta digalakkan untuk mencadangkan konsep yang mengintegrasikan pelbagai idea bagi menyediakan penyelesaian yang menyeluruh (holistik) dan menunjukkan bagaimana idea mereka menjadi mampan dalam jangka masa panjang.
4d. Peraturan Penyerahan:
Paparan Awam: Kesemua penyerahan yang dibuat akan dipaparkan kepada orang ramai selepas berakhirnya Tempoh Cabaran ini.
Perubahan dan Semakan: Para peserta boleh membuat sebarang perubahan atau semakan terhadap penyerahan mereka sehingga tarikh tutup Tempoh Cabaran pada 25/06/2013.
4e. Keperluan Penyerahan:
Penyerahan mestilah memenuhi keperluan-keperluan dibawah untuk layak memenangi hadiah:
Mestilah dikemukakan semasa Tempoh Cabaran;
Mestilah merupakan idea atau reka bentuk penyelesaian bagi masyarakat di Malaysia;
Mestilah kerja asal para peserta dan tidak melanggar sebarang hak pihak lain;
Mestilah disediakan secara percuma kepada orang awam, contohnya sesiapa sahaja boleh menggungakan mana-mana idea yang dimasukkan ke dalam penyerahan bagi mencipta penyelesaian awam untuk masyarakat atau kumpulan orang ramai;
Mestilah tidak mengandungi apa-apa perkara yang mengikut budi bicara pihak penganjur atau hakim: (i) menggambarkan kebencian, (ii) sebarang bentuk penghinaan atau menghina sesiapa atau kumpulan orang ramai atau mana-mana bangsa, kumpulan etnik atau budaya; (iii) sebarang bentuk ancaman terhadap komuniti tertentu dalam masyarakat, termasuk mana-mana kaum, kumpulan etnik atau budaya; (iv) adalah bertujuan untuk menghasut sebarang bentuk keganasan; (v) mengandungi bahasa kesat atau lucah atau keganasan berlebihan; (vi) mengandungi pornografi, kelucahan atau aktiviti seksual; (vii) tidak senonoh, mengambarkan keburukan dengan jelas atau menunjukkan kekurang berkenaan dari segi moral atau kelakuan awam; (viii) bermotifkan politik atau menggunakan Cabaran ini sebagai menyuntik semangat politik; (viiii) menjejaskan reputasi pihak penganjur.
Mestilah mematuhi Terma Penyertaan serta undang-undang yang berkenaan di www.challenge.my; dan
Mestilah dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Sekiranya pihak penganjur atau hakim mendapati sebarang penyerahan tidak dapat diterima berdasarkan sekatan atau mana-mana peruntukan lain dalam Peraturan Rasmi ini, maka penyerahan tersebut adalah dianggap batal sama sekali.
Setiap peserta (atau setiap ahli pasukan) mewakili dan mengakui bahawa dia adalah pengarang dan pemilik tunggal penyerahan tersebut. Penyerahan itu adalah hak milik asal peserta dan ianya tidak melanggar atau menggelapkan mana-mana hak cipta, hak rahsia perdagangan atau mana-mana hak dimiliki oleh pihak ketiga.
Penyerahan mestilah dibuat selewat-lewatnya pada 25/06/2013. Sebarang penyerahan yang dibuat lewat dari tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima.
5. Hak Harta Intelek
Setiap peserta mengakui dan bersetuju bahawa idea-idea yang terkandung di dalam penyerahan mereka boleh digunakan oleh mana-mana pihak ketiga (termasuk dan tidak terhad kepada para peserta yang lain) bagi apa-apa tujuan tanpa sebarang bentuk pampasan kepada peserta tersebut. Setiap peserta menganugerahkan kepada pihak penganjur dan ejen-ejen mereka, hak kekal, tidak eksklusif, bebas dari royalti, hak lesen seluruh dunia beserta hak sublesen terhadap semua hak harta intelektual yang diserahkan oleh peserta dalam setiap penyerahan yang dibuat mereka. Pihak penganjur juga diberikan hak untuk menyalinguna, membuat kerja terbitan, melaksanakan atau memaparkan secara terbuka penyerahan peserta untuk apa-apa maksud yang tidak bersifat komersial.
6. Paparan Penyerahan
Penyerahan yang dibuat akan dipaparkan di www.challenge .my selepas disaring oleh pihak penganjur selepas berakhirnya Tempoh Cabaran bagi tujuan pengesahan dan pengemukaan barang-barang yang diperlukan oleh para peserta (sila rujuk Bahagian 4, “Apa Yang Perlu Dikemukakan”). Semua peserta akan mempunyai akses sama rata kepada semua penyerahan yang dipaparkan pada laman web.
7. Para Hakim dan Pilihan Pemenang
7a. Para Hakim
Pihak penganjur akan melantik satu panel hakim. Hakim- hakim yang membentuk penal Hakim tersebut mungkin berubah mengikut budi bicara pihak penganjur. Hakim mempunyai hak bagi menarik diri daripada terlibat dalam Cabaran ini tanpa mengemukakan sebarang notis terlebih dahulu sekirannya perkara tersebut adalah diluar kawalan mereka atau sekirannya ia dibenarkan oleh pihak penganjur.
7b. Kriteria Penghakiman
Para peserta akan diadili mengikut kriteria yang ditetapkan dibawah.
Inovasi dan kualiti:
- Apakah tahap inovasi cadangan ini?
- Jika cadangan peserta merupakan tambahan kepada idea yang sedia wujud, adakah cadangan itu mempunyai inovasi yang memberikan jalan penyelesaian yang unik?
Potensi dan impak kepada jalan raya di Malaysia:
- Apakah tahap impak kepada isu tersebut?
- Apakah tahap potensi cadangan ini untuk menjadikan jalan raya di komuniti lebih selamat; adakah ia boleh mempengaruhi keputusan-keputusan yang dibuat mengenai isu ini (jika berkenaan)?
- Apakah tahap potensi komuniti menggunakan idea ini untuk mendapatkan lebih kesedaran dalam isu keselamatan jalan raya, selanjutnya menghasilkan masyarakat yang lebih baik (jika berkenaan)?
- Adakah potensi idea ini akan menambahbaik semua aspek keselamatan jalan raya, atau hanya bahagian-bahagian tertentu sahaja?
- Adakah idea ini mengambil kira tabiat sosial dan boleh memotivasi masyarakat untuk menjadi lebih baik, sejajar dengan matlamat idea tersebut (jika berkenaan)?
- Setakat manakah idea ini mengambil kira faktor-faktor sosial sedia ada seperti individu, kumpulan, masyarakat, Kerajaan-kerajaan tempatan dan persekutuan (jika berkenaan)?
Kebolehlaksanaan:
- Adakah idea ini boleh dilaksanakan?
- Bolehkah idea ini dilaksanakan dengan menggunakan sumber-sumber dan tenaga kerja yang sedia ada?
- Adakah pelan untuk membawa idea ini kepada komuniti dan pihak-pihak yang mungkin berminat telah dirancang dengan teliti?
- Adakah idea ini dapat membuahkan hasil-hasil yang nyata?
Kemampanan:
- Apakah potensi idea ini untuk berubah bagi diterima oleh komuniti berkenaan?
- Apakah potensi idea ini untuk menjadi suatu model mampan yang boleh dilaksanakan di banyak komuniti-komuniti di seluruh Malaysia?
Pemilihan pemenang: Penyerahan yang berpotensi untuk menjadi pemenang akan dipilih sebagai finalis dan dimaklumkan. Finalis perlu melalui proses undian awam yang akan dijalankan. Sebanyak sepuluh (10) penyerahan akan dipilih sebagai Finalis dan melalui proses undian awam. Namun begitu, penganjur berhak menambah penyerahan tambahan. Para Pemenang Hadiah Utama dan Hadiah-Hadiah lain akan dipilih daripada kumpulan Finalis menerusi undian awam.
Pihak penganjur akan menjalankan proses ini bagi mendapatkan hasil yang terbaik untuk Cabaran ini dan mempunyai hak untuk membuat keputusan mutlak di dalam semua aspek Cabaran ini. Pihak penganjur akan menilai semua penyerahan sebelum penyerahan-penyerahan tersebut diberi kapada para hakim untuk dinilai. Pihak penganjur berhak untuk menukar apa-apa tarikh di dalam Cabaran ini, termasuklah tarikh Penyerahan, Penghakiman dan juga Pengundian Awam, dan juga berhak untuk membatalkan majlis penganugerahan. Keputusan pihak penganjur berkaitan Cabaran ini adalah muktamad.
7c. Pengesahan Pemenang Yang Berpotensi
PENGESAHAN SEMUA FINALIS ADALAH TERTAKLUK KEPADA KEPUTUSAN PIHAK PENGANJUR YANG MANA ADALAH KEPUTUSAN AKHIR DAN MENGIKAT DALAM SEMUA PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN CABARAN INI.
Finalis mestilah terus mematuhi semua terma dan syarat Peraturan Rasmi dan kemenangan adalah bergantung sekirannya semua keperluan dipenuhi. Para Finalis akan dimaklumkan melalui e-mel selepas tarikh penghakiman. Setiap orang Finalis, atau ibu bapa/penjaga Finalis, sekiranya Finalis berumur dibawah lapan belas (18) tahun dikehendaki menandatangani Afidavit Kelayakan dan Liabiliti/Siaran Publisiti (kecuali jika dilarang) dan mengembalikannya kepada pihak penganjur dalam tempoh sepuluh (10) hari kalendar daripada tarikh notis dihantar bagi tujuan menuntut hadiah. Sekiranya Finalis tidak dapat dihubungi serta gagal untuk menandatangani dan mengembalikan Afidavit Kelayakan dan Liabiliti/Siaran Publisiti dalam tempoh masa yang telah ditetapkan (jika berkenaan), atau sekiranya hadiah atau pemberitahuan hadiah dikembalikan kepada pihak penganjur atas sebab tidak dapat dihantar, Finalis adalah dianggap sebagai hilang tuntuan kepada hadiah tersebut. Sekiranya Finalis hilang kelayakan di atas sebarang sebab, pihak penganjur boleh menganugerahkan hadiah yang berkenaan kepada pemenang ganti yang Berjaya memperoleh markah tertinggi daripada baki penyertaan yang layak.
8. Hadiah dan Majlis Anugerah
8a. Hadiah
Pihak penganjur akan menyediakan hadiah seperti berikut:
Pemenang Hadiah Kuantiti
Hadiah Utama RM25,000 1
Hadiah Kedua RM10,000 1
Hadiah Sebutan Khas RM2,500 8-13
8b. Majlis Anugerah
Kesemua Finalis akan dijemput untuk menghadiri majlis anugerah, di mana butir-butir majlis akan diumumkan kemudian. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan majlis penganugerahan dalam budi bicara mereka. Pihak penganjur, para hakim, wakil-wakil media serta tetamu lain adalah dijemput untuk menghadiri majlis. Pihak penganjur akan menanggung kos perjalanan bagi semua Finalis; Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM1,000) bagi Finalis Individu dan sehingga Ringgit Malaysia Dua Ribu Lima Ratus (RM2,500) bagi Finalis Berpasukan (tanpa mengira jumlah keseluruhan sesebuah pasukan). Semua Finalis bawah umur (minor) hendaklah ditemani oleh ibu bapa atau penjaga mereka ke majlis tersebut. Finalis yang menghadiri majlis berpeluang bagi membentangkan penyerahan mereka serta menjawab sebarang persoalan yang dianjurkan oleh para hakim. Para hakim boleh, mengikut budi bicara mereka, mengambil kira persembahan serta jawapan para Finalis di dalam penilaian mereka. Walaubagaimanapun, pemberian hadiah tidak bergantung kepada kehadiran para Finalis pada majlis anugerah tersebut.
9. Syarat-Syarat Penyertaan, Siaran dan Penanggungan
Dengan setiap penyertaan, para peserta bersetuju kepada setiap yang berikut:
(a.) Untuk mematuhi dan terikat dengan Peraturan Rasmi dan keputusan pihak penganjur serta para hakim; yang dianggap muktamad serta mengikat semua perkara yang berkaitan dengan Cabaran ini.
(b.) Untuk melepaskan dan memegang pihak penganjur dan kerajaan tidak berbahaya, serta syarikat induk, anak syarikat masing-masing dan syarikat-syarikat bersekutu, pejabat, kontraktor dan subkontraktor di mana-mana peringkat, pembekal, pengguna, pelanggan, pihak bekerjasama, penerima geran, penyiasat, detailees; pembekal hadiah; dan mana-mana organisasi lain yang bertanggungjawab untuk menaja, memenuhi, mentadbir, mengiklankan atau mempromosikan Cabaran ini; dan semua pegawai masing-masing dulu dan sekarang, pengarah, pekerja, ejen, dan wakil-wakil (secara kolektif, “Pihak Dikeluarkan”) daripada dan terhadap sebarang dan segala kerugian, kerosakan, kos, perbelanjaan, liabiliti, dan tuntutan dalam apa jua bentuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa kecederaan, kematian, kerugian, kerosakan, harta, hasil, atau keuntungan, kecuaian, pencerobohan privasi (di bawah pengasingan, pencerobohan, awam pendedahan fakta swasta, pemalsuan di mata awam, atau mana-mana teori undang-undang lain), fitnah, pelanggaran hak publisiti, pelanggaran tanda dagangan, hak cipta atau lain-lain hak harta intelektual, dalam setiap kes sama ada secara langsung, tidak langsung, atau berbangkit, timbul daripada atau berkaitan dengan penciptaan atau penyerahan, penyertaan dalam penerimaan Cabaran, atau penggunaan atau penyalahgunaan hadiah (termasuk perjalanan apa-apa atau aktiviti yang berkaitan dengannya), seseorang Peserta itu dan/atau yang dicetak, penghantaran, prestasi, eksploitasi, atau penggunaan Penyertaan Peserta. Tanpa terbatas kepada perkara di atas, Pihak Dikeluarkan tidak bertanggungjawab bagi:
i) apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat, sama ada disebabkan oleh Peserta, kesilapan percetakan, atau penggunaan mana-mana peralatan atau dikaitkan dengan pengaturcaraan yang digunakan di dalam Cabaran ini;
ii) sebarang kegagalan teknikal, termasuk dan tidak terhad kepada kegagalan sistem, gangguan perkhidmatan laman web, perkakasan atau perisian rangkaian.
iii) tidak dibenarkan sebarang campur tangan dalam mana-mana bahagian proses penyerahan atau Cabaran ini
iv) kesilapan manusia atau teknikal mungkin berlaku di dalam pemprosesan penyertaan atau pentadbiran Cabaran ini; atau
v) apa-apa kecederaan atau kerosakan kepada orang lain atau sebarang harta yang mungkin disebabkan, secara langsung atau tidak langsung, secara keseluruhan atau sebahagian, daripada penyertaan Peserta dalam Cabaran ini atau penerimaan, penggunaan, atau penyalahgunaan mana-mana hadiah.
(c.) Untuk menanggung rugi, mempertahankan, dan memegang pihak penganjur tidak berbahaya daripada dan terhadap mana-mana serta semua tuntutan, perbelanjaan dan liabiliti (termasuk kos yuran guaman yang munasabah) yang timbul daripada atau berkaitan dengan penyertaan seseorang Peserta dalam Cabaran ini, penyerahan satu dan/atau penerimaan Peserta, menggunakan atau penyalahgunaan mana-mana hadiah.
Walau apa pun, pengecualian dan siaran yang telah ditetapkan dalam dokumen ini tidak terpakai (i) dalam kes salah laku yang sengaja atau (ii) bagi tuntutan yang timbul daripada penggunaan tanpa kebenaran atau pendedahan oleh pihak Perbendaharaan harta intelek rahsia perdagangan atau maklumat sulit perniagaan Peserta.
10. Publisiti
Kecuali sekira terdapat sebarang larangan, penyertaan Peserta dalam Cabaran ini merupakan satu bentuk persetujuan Finalis kepada pihak penganjur ataupun ejen-ejen mereka bagi penggunaan nama, kesamaan Finalis tersebut dari segi gambar, suara, pendapat dan/atau kampung halaman, negeri dan seumpamanya bagi tujuan promosi di dalam mana-mana media, di seluruh dunia, tanpa membuat sebarang bayaran atau pertimbangan lanjut.
11. Tiada Sebaran Sokongan
Pihak penganjur tidak menyokong mana-mana produk atau perusahaan komersil.
12. Syarat-Syarat Am
Pihak penganjur berhak untuk membatal, menggantung dan/atau mengubahsuai Cabaran, atau mana-mana bahagian Cabaran ini, jika terdapat sebarang penipuan, kegagalan teknikal atau apa-apa faktor lain di luar kawalan munasabah pihak penganjur yang boleh menjejaskan integriti atau fungsi keseluruhan Cabaran, sebagaimana yang telah ditentukan oleh pihak penganjur. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan mana-mana individu atau Peserta yang didapati menyalahgunakan proses penyertaan atau operasi Cabaran atau bertindak melanggar Peraturan Rasmi ini atau dalam cara yang tidak positif atau mengganggu Cabaran ini. Pihak penganjur berhak untuk mendapatkan ganti rugi maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang sekiranya terdapat sebarang cubaan untuk melemahkan operasi sah Cabaran yang mungkin melanggar mana-mana undang-undang jenayah atau sivil. Kegagalan pihak penganjur untuk menguatkuasakan mana-mana terma Peraturan Rasmi ini tidak akan membentuk sebarang penafian peruntukkan tersebut.
Jika terdapat sebarang kesilapan teknikal yang menyebabkan penyertaan Peserta yang disahkan telah tersilap padam, hilang atau musnah atau rosak, Peserta boleh menghantar penyertaan yang baru. Namun tidak terdapat sebarang penambahan hadiah yang akan diberikan.
13. Pertikaian; Undang-Undang; Pilihan Forum
Para Peserta bersetuju bahawa:
(a) sebarang pertikaian, tuntutan dan tindakan kuasa terhadap pihak penganjur yang timbul daripada atau berkaitan dengan Cabaran ini, atau sebarang hadiah yang diberikan, selain daripada mereka yang berkaitan dengan pentadbiran Cabaran ini atau penentuan pemenang, hendaklah diselesaikan secara individu, tanpa sebarang bentuk tindakan kelas; dan
(b) sebarang tuntutan, pengadilan dan anugerah adalah terhad kepada kos sebenar dan sebarang perbelanjaan poket yang telah dibuat, termasuk kos yang berkaitan dengan penyertaan Cabaran tetapi tidak termasuk kos guaman.
Sebarang isu dan permasalahan adalah tertakluk dibawah undang-undang Persekutuan Malaysia sahaja. Hanya pihak mahkamah Malaysia sahaja yang berhak bagi mengadili dan memutuskan sebarang kes pertikaian.
Setiap Pentadbir, dan Peserta bersetuju bahawa mahkamah di Malaysia, forum eksklusif untuk menyelesaikan apa-apa pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Cabaran.
14. Privasi
Mana-mana maklumat peribadi yang dikumpul dari pengunjung dengan mendaftar atau mengisi borang penyerahan melalui laman web Pertandingan adalah digunakan bagi memudahkan Cabaran dan bertindak balas kepada pendaftar dalam perkara-perkara mengenai penyerahan pendaftaran dan/atau pertandingan sahaja. Maklumat ini tidak dipungut untuk tujuan pemasaran komersil. Sila baca Dasar Privasi untuk maklumat lengkap.
Syarat & Peraturan Rasmi Cabaran ini disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekirannya terdapat sebarang percanggahan antara kedua-dua versi terma dan syarat, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai dan ia adalah muktamad.
